Tuesday, January 25, 2011

Fear Factor Attack

Do you still remember about the reality show "Fear Factor"? Ingat lagi tak? Ingat tak, ingat tak? Ala yang suruh contestant buat kerja bodoh macam makan otak lembu yang belum masak la, makan mata biri-biri la, tahan nafas dah lain-lain lagi kerja yang bodoh dan mencabar untuk memenangi wang yang jumlahnya pun agaklah besar. Anything that crossed your mind? Still don't? Tengok video ini. Confirm imbas kembali.

Get it? Eh apasal minah nih nak aku tahu pasal benda alah ni? Bukan masuk exam pun. Let me tell you why I want to let you know about this. Because today I want to share something that is quite related to this. Mestilah related, tak kan nak cerita pasal Spongebob Squarepants pula?

Kisahnya begini. I, Erin, Nina, dan Alia lepak dekat tempat duduk yang bermeja kayu-simen depan surau Perindu sebab nak tunggu masuk waktu Zohor. Tak perasan pula selama ini ku mencari-cari, teman yang sejati, buat menemani perjuangan suci ada saliran longkang bawah tanah right exactly where we sat. Mungkin sebab nak hirup udara segar dari luar, atau mungkin sebab nak usha kitorang *hek eleh perasan lebih*, satu keluarga lipas keluar dari saliran air tu. Bukan family sahaja, sahabat, kawan Facebook, rakan sepejabat semua diorang ajak keluar. Perpusu-pusu lah mereka keluar macam orang keluar dari KTM during peak hours macam ni.
Fear Factor kan? Kan kan KANNN?

I yang tengah relax-relax sensed that something's not right. Erin pun pelik asal I nampak resah semacam ni. Pandang bawah je punya lah terkejut tidak sempat berkata apa-apa pun, perkara pertama yang I buat ialah menjerit macam orang gila sambil melompat atas kerusi. Masa itu Alia entah ke mana, Erin dan Nina pun lari dari situ. Sebab dah takut sangat, I pun lompat dari kerusi ke tepi seberang longkang yang line clear sikit. Take note, I lari ke tepi tanpa kasut sebab kasut longgar dan terjatuh kat bawah lantai yang dikelilingi lipas. Handbag, buku semua kat atas meja. Apa lagi? My involuntary reaction: shouting for help. "Save my bag! Save my shoes! Save my shoes! My shoesssss!" Macam orang kena tsunami. Tapi ni tsunami lipas. Nina yang macam relax sikit compared to me and Erin pun slowly took away my books and handbag. Tapi dia tak berani nak save my shoes. So I just can stare at my shoes with my bare foot. Gila pathetic.

Apabila rasa terpaksa lah I balik fakulti nanti dengan tidak berkasut, datang lah satu mamat ni yang on the way nak pergi solat tidak diduga telah menjadi hero of the day. Dia pun tanya I apasal ni sebab pelik sangat kot tengok I terpekik-pekik dengan tak pakai kasut macam ada chance nak join krew Hospital Permai. I pun cakap ada lipas serbu dekat situ. "Then you gonna walk away with bare foot like this?" He asked. Eh mesti lah takkkk tapi kalau terpaksa, nak buat macam mana? Terpaksa syahid la. Mamat ni pun dengan selamba pergi kat meja tu, ambil kasut I yang tapaknya tersangkut dengan lipas-lipas variasi size, tepuk-tepuk sikit kasi jatuh, pastu kasi I. I yang masa tu memang trauma, phobic, takut dan bukan gedik still refuses to wear my shoes on. Dia cakap dah tak ada apa-apa dah, tapi I masih tak nak pakai, sebab mesti ada lagi kat dalam kasut. Dia pun pukul-pukul lah kasut tu kat atas lantai. Pffftt keluar dua ekor lipas kecil. He repeated again, confirm dah tak ada apa-apa kat dalam kasut tu, pastu dia masuk surau. Tak, tak, I tak terus pakai balik. "Nina, tolong pakai kejap kasut I pleaseeee" mengada kat situ. Nina check-check pun confirm line clear, baru berkasut balik, kembali bertamadun. Terbang-terbangkan rambut sebab nak confirm zero-cockroach on me. Gila paranoid. Hand sanitizer pun habis separuh.

Fuhhh, memang adrenaline rush tadi. Muka pucat berpeluh-peluh macam baru habis lari marathon Olympic Beijing. Sampai macam tu sekali tahap ketakutan I dekat lipas. Cockroach can cause harm to human, even death. So pray that you're not in the car I'm driving with or doing something that would risk your life when I encounter that filthy being.

2 comments:

  1. wakakakakaka.

    sumpah i ketawa guling2 turun bukit kat cempaka baca blog you!

    sama macam FRY takut lipas!

    ReplyDelete
  2. Hah really? Cockroach is so freaking scary! U go there and try la :p

    ReplyDelete